Pendaftaran dibuka
Siaran Ulangan

untuk peserta Grow Your Business Fast bernilai
#1 RAKAMAN
'Start Your Business Right'
(Bernilai RM500)

(Bernilai RM500)
Video rakaman seminar ‘Start Your Business Right’ yang lalu.
Di seminar ini, Ibu kongsikan tentang asas-asas kukuh anda perlu wujudkan untuk syarikat anda agar boleh bertahan lama.
Percuma untuk anda sekiranya anda mendaftar untuk program ‘Grow Your Business Fast’.
Bagus untuk persediaan anda sebelum hadir ke kelas nanti.
#2 TEMPLATE
'Customer Avatar'

(Bernilai RM100)
Hanya dengan mengisi template ‘Customer Avatar’ ini, anda akan mendapat kejelasan tentang sasaran pasaran anda.
Anda akan hasilkan satu dokumen yang menerangkan dengan jelas tentang siapa pelanggan anda yang sebenar.
Dengan sasaran yang betul anda akan mendapat pulangan jualan yang tinggi dengan kos yang rendah.
#3 WORKBOOK
‘Workbook Grow Your Business Fast’

(Bernilai RM50)
Workbook ini akan diberikan kepada anda dalam bentuk softcopy sebelum kelas bermula.
Workbook inilah yang akan menjadi rujukan anda semasa kelas nanti.
Ia akan memudahkan anda untuk mengikuti modul-modul yang disusun dan menulis nota-nota penting bagi memantapkan lagi kefahaman anda.
#4 DASHBOARD
'Profit Dashboard'

(Bernilai RM500)
Profit Dashboard ini akan diberikan dalam bentuk excel file yang lengkap dengan lebih dari 100 strategi ‘power’ untuk meraih keuntungan besar bagi syarikat anda.
Bukan strategi yang biasa-biasa. Kesemua strategi ini telah terbukti berkesan.
Anda tidak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan strategi-strategi yang bisnes anda perlukan.
#5 SURVEY
'Customer Satisfaction Survey'

(Bernilai RM100)
Kepuasan Pelanggan adalah sangat kritikal agar bisnes anda mampu melonjakan pertumbuhan.
Untuk mengukur kepuasan pelanggan anda perlu menyediakan kajiselidik yang betul.
Daftar segera, kajiselidik ini akan memudahkan anda dalam memantau kepuasan pelanggan secara berkala.

Apakah yang anda akan belajar?
MODUL 1:
THE PURPOSE STATEMENT

Apa tujuan sebenar anda buat bisnes?
Soalan mudah tetapi paling susah nak dijawab. Bila anda jelas dengan The Purpose Statement ni, anda tak akan goyang dengan apa sahaja cabaran & ujian dalam bisnes. Anda akan belajar bagaimana nak buat 1 kenyataan yang bila anda baca waktu anda jatuh, anda akan terus bangkit dengan cepat & semangat.
MODUL 2:
THE PROBLEM STATEMENT

Apa sebenarnya masalah yang produk atau servis selesaikan?
Masalah besar yang ramai usahawan buat adalah fokus jual produk, tapi tak ‘jual’ masalah. 2 perkara yang perlu anda fokus:
1. Kenalpasti apa sebenarnya masalah pelanggan yang anda selesaikan
2. Sampaikan mesej yang tepat tentang masalah ini.
Kalau anda tak buat Problem Statement ini dan ceritakan dengan tepat kepada pelanggan anda, conversion rate akan jadi sangat rendah & banyak kos marketing akan terbakar dengan sia-sia.
MODUL 3:
7 SUCCESSFUL DIFFERENTIATION STRATEGIES

Apa kriteria utama yang membezakan anda dari pesaing anda? Kenapa perlu beli dengan anda?
Ibu akan ajar bagaimana anda boleh menarik perhatian pelanggan dengan buat mereka nampak anda adalah pilihan terbaik untuk mereka.
Sekiranya anda gagal untuk buat pelanggan nampak yang bisnes anda unik dan berbeza dari pesaing, susah untuk anda dapat pelanggan setia & hari-hari anda kena kerja kuat untuk dapatkan pelanggan baru.
MODUL 4:
CUSTOMER AVATAR PROFILING

Customer Avatar ini nyawa kepada produk kita. Jangan buat marketing selagi belum buat customer avatar profiling sebab kos untuk dapatkan pelanggan akan jadi sangat tinggi. Ini adalah dokumen yang paling penting & wajib ada, baru boleh buat marketing yang berkesan dan menggunakan kos yang rendah.
MODUL 5:
THE ULTIMATE GUIDE TO SET BUSINESS GOAL

Anda akan belajar bagaimana cara tetapkan matlamat yang jelas, dan yang paling penting bagaimana untuk tetapkan sasaran mingguan & bulanan untuk capai sasaran tahunan anda. Ibu akan tunjukkan juga cara mudah untuk tetapkan pelan tindakan & kenal pasti KPI yang penting supaya anda boleh capai matlamat anda.
MODUL 6:
THE PROFIT DASHBOARD

Ini adalah tool yang paling penting yang kena ada dalam mana-mana bisnes. Ini je rahsia bagaimana nak gandakan jualan dengan cepat & buat keuntungan yang tinggi dengan kos yang paling rendah. Ibu juga akan kongsi lebih 20 strategi yang terbukti berkesan untuk gandakan jualan anda.
MODUL 7:
CUSTOMER SATISFACTION CIRCUIT BREAKER

Keuntungan yang sebenar dalam bisnes adalah bila pelanggan ulang membeli dengan anda. Rahsia untuk bisnes anda boleh bertahan lama adalah ilmu untuk tukar prospek menjadi pelanggan, pelanggan menjadi pelanggan setia, dan pelanggan setia menjadi raving fan. Semua ni ibu akan ajar.
Apa Kata Mereka?









Ibu sangat serious nak bantu usahawan di Malaysia untuk berjaya dan bertahan lama dalam dunia perniagaan. Ini adalah BIG WHY Ibu.
Ibu ada pengalaman selama hampir 20 tahun dalam dunia korporat dan 5 tahun menasihati beratus usahawan yang menjana jualan jutaan ringgit, jadi Ibu sangat faham apa yang usahawan hari ini perlukan.
Kelas Ibu semuanya sarat & padat dengan template, strategi, dan formula yang anda perlukan untuk kembangkan bisnes.
Ibu bukan hanya beritahu apa yang perlu dibuat, Ibu akan tunjukkan caranya langkah demi langkah.
Apa yang Ibu ajar bukan ilmu syok sendiri tetapi ilmu terkini yang bersandarkan kajian dan terbukti berkesan.
Siapa Ibu Hanim?

Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, adalah Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd. Pada tahun 2017 beliau telah terpilih menerima anugerah ‘Panglima Mahkota Wilayah’ yang membawa pangkat ‘Datuk’ dari Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, diatas sumbangan beliau ketika berkhidmat sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM. Beliau juga adalah Penasihat Perunding Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan kepada 17 anak syarikat ESQ Indonesia dan Ahli Lembaga Kepakaran di ACT Consulting Indonesia.

Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan berpengalaman dalam mengetuai projek-projek Perubahan Organisasi, Transformasi serta projek-projek yang bertumpu pada Peningkatan Kualiti. Selain itu, beliau juga merupakan Certified Professional FacilitatorTM yang melayakkan beliau menjadi pemudah cara untuk meyelesaikan isu-isu yang kompleks. Beliau juga mempunyai kelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia yang membuatkan beliau sangat arif dengan dunia keusahawaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan.

Pengalaman luas beliau sebagai Pakar Pembangunan Organisasi/Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Kepimpinan serta Pembelajaran di PETRONAS, Syarikat Minyak Negara bertaraf Fortune 500 menyebabkan beliau sering menerima jemputan untuk menjadi penasihat kepada banyak syarikat-syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terkenal di Malaysia.
Pada tahun 2019, Datuk Faridah Hanim Haron telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan Konsultasi Perniagaan) di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 oleh Niagatimes & juga Anugerah Khas di Majlis ‘The Young CEO Award’. Kedua-dua anugerah ini turut disampaikan oleh Yb Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan).







YURAN KEBIJAKSANAAN
Grow Your Business Fast
dan
dapatkan kesemua hadiah percuma
(bernilai RM1250)
Harganya memang tak masuk akal sebab niat Ibu semata-mata untuk membantu usahawan-usahawan seperti anda menguruskan syarikat dan perniagaan dengan lebih baik dan terus berkembang maju. Yuran ini hanya untuk memastikan anda akan terus memberi komitmen untuk belajar dengan serious.
Early Bird : RM250.00
Normal Price : RM950.00
Hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang diperoleh dari produk atau dimuat turun dari laman web adalah dilakukan mengikut budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kerosakan pada sistem komputer anda atau kehilangan data yang disebabkan oleh penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini atau barang, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh dari laman web. Walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa maklumat yang terdapat di laman web ini telah diperoleh dari sumber yang boleh dipercayai. Setiap individu akan mempunyai hasil yang berbeza berdasarkan program dan mungkin tidak menunjukkan prestasi atau kejayaan masa depan yang sama seperti mana-mana individu lain. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian atau kesulitan atas dasar kekurangan komitmen dari peserta. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan atau kesilapan, atau hasil yang diperoleh dari penggunaan maklumat ini, atau masalah perniagaan yang timbul berkaitan dengan kandungan program atau pihak lain.