Program ini untuk wanita yang sudah penat memendam dan mahu bangkit dengan yakin!”
Wanita bukan sekadar seorang individu.
Wanita adalah ibu, isteri, anak, pekerja, dan pemimpin dalam kehidupan.
Tapi di sebalik senyuman yang dipamerkan, ada banyak cabaran yang disimpan sendiri.
Isteri, ibu, pekerja, anak, pengurus rumah tangga—semuanya perlu dilakukan dalam satu masa. Wanita cuba jadi sempurna dalam semua peranan, tetapi akhirnya keletihan fizikal dan emosi.
Walaupun ada suami dan keluarga, beban kerja rumah dan penjagaan anak masih banyak ditanggung sendiri. Kurangnya sokongan emosi dan fizikal menjadikan wanita mudah stres dan keletihan.
Terlalu banyak tekanan menyebabkan wanita mudah tertekan, cepat marah, mudah menangis, dan sering menyalahkan diri sendiri.
Rasa bersalah kalau tak cukup masa dengan anak-anak, rasa bersalah kalau kerja terlalu banyak, rasa bersalah kalau tak mampu jadi isteri yang sempurna. Sentiasa rasa tidak cukup bagus walaupun sudah buat yang terbaik dan penat.
Ada yang ingin sambung belajar, memulakan bisnes, atau membina kerjaya sendiri, tetapi sering rasa tersepit antara tanggungjawab dan impian. Takut kalau mengejar impian, akan dianggap mengabaikan keluarga.
Tekanan untuk menjadi ‘sempurna’ semakin tinggi – mesti jadi ibu mithali, isteri terbaik, wanita berjaya, dan cantik dalam masa yang sama. Media sosial buatkan wanita selalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Walaupun ada suami, anak-anak, dan keluarga, ramai wanita masih rasa keseorangan. Tiada tempat untuk meluah perasaan, tiada orang yang benar-benar memahami tekanan yang mereka hadapi.
Sering ragu dengan kebolehan sendiri hingga takut mencuba sesuatu yang baru, bimbang gagal, atau takut tidak memenuhi harapan orang lain?
Anda telah berusaha menjadi isteri, ibu, pemimpin, dan ketua pasukan yang baik, tetapi tetap dipandang sebelah mata?
Setiap hari, anda menguruskan rumah, keluarga, kerja, dan pelbagai tanggungjawab lain, tetapi semakin lama semakin terasa keletihan fizikal, emosi, dan mental?
Banyak perkara yang ingin diluahkan, tetapi anda memilih untuk diam kerana takut disalah anggap, dianggap kurang ajar, atau tidak bersyukur?
Anda cuba memenuhi semua peranan—isteri yang taat, ibu yang penyayang, pemimpin yang berwibawa, pekerja yang berdedikasi—tetapi dalam proses itu, anda kehilangan diri sendiri?
Kau Wanita Hebat adalah program yang membimbing wanita untuk membangunkan keyakinan, memahami kekuatan diri, dan melangkah dengan lebih jelas ke hadapan.
Figura inspirasi, pemimpin wanita, dan pakar motivasi yang telah membimbing ribuan individu serta organisasi mencapai kecemerlangan, menyentuh jutaan jiwa dengan kebijaksanaan dan kasih sayangnya.
Datuk Faridah Hanim Haron, atau lebih dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah seorang guru pembangunan organisasi dan kepimpinan yang berpengaruh di Malaysia serta Asia Tenggara. Dengan lebih 30 tahun pengalaman, beliau telah membimbing lebih 4,000 usahawan dan 600 organisasi, termasuk Pejabat Perdana Menteri, PETRONAS, SPRM, RHB, Maybank, dll.
Sebagai Pengasas & Presiden Annems Leadership Solution, beliau merangka program pembangunan keusahawanan yang membantu syarikat mencapai pertumbuhan mampan, dengan beberapa kini mencatat pendapatan melebihi RM100 juta setahun.
Beliau pernah berkhidmat di PETRONAS sebagai Pakar Pembelajaran, Pembangunan Organisasi, dan Pengurusan Perubahan, serta sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan SPRM, dan kini giat membantu membangunkan usahawan tempatan di tahap pertumbuhan.
Berpendidikan MBA dalam Keusahawanan dari Entrepreneurial Institute of Australia, beliau juga memiliki lebih 15 pensijilan profesional, termasuk Certified Professional Facilitator (CPF) dan Certified Lead Auditor for ISO9000.
Pengiktirafan utama beliau termasuk:
✅ Anugerah Kepimpinan Industri (2019) – Niaga Times
✅ Anugerah Khas The Young Council CEO Award (2019)
✅ Penggiat Terbaik PETRONAS (2013)
✅ Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM (2015)
✅ NONA Business Strategist Award (2022)
Selain keusahawanan, beliau aktif dalam media dan penulisan, pernah muncul dalam rancangan TV seperti Zero to CEO, Legasi Perwira, Legasi Pejuang, dan Selamat Pagi Malaysia. Kini, beliau sedang menulis dua buku: Kepimpinan Dinamik dalam Dunia VUCA dan Dari Hati Seorang Wanita.
Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad ialah seorang doktor perubatan, pakar oftalmologi, Life Coach, dan penceramah transformasi yang komited dalam memberdayakan individu melalui pendekatan berasaskan sains dan keimanan untuk transformasi diri dan penyembuhan emosi. Beliau menggabungkan neurosains, psikologi, dan prinsip Islam bagi membantu individu dan pasangan mengubah corak pemikiran, mengatasi trauma, dan mencapai peningkatan diri yang berkekalan.
Pengiktirafan utama beliau termasuk:
✅ Anugerah Tokoh Dakwah Wanita (2022)
✅ Anugerah NONA Superwomen Award (2018)
✅ Anugerah Serikandi Negara (2018)
✅ Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan (2015)
Melalui PMC Life Coaching, beliau mengaplikasikan neuroplastisiti, terapi kesyukuran, dan psikologi positif untuk memupuk perubahan minda, ketahanan emosi, dan kesejahteraan spiritual. Metodologinya berakar umbi dalam penyelidikan saintifik, nilai Islam, dan penyucian jiwa (tazkiyah) bagi memastikan transformasi yang berkekalan dan holistik.
Dengan minat dalam kekeluargaan, perkahwinan, dan pembangunan diri, beliau telah membimbing ribuan individu melalui bimbingan berstruktur, bengkel, dan program dalam talian.
Sebagai penceramah berpengaruh, beliau menginspirasi ramai untuk mengamalkan kesyukuran, kejayaan berasaskan keimanan, dan pemberdayaan diri. Karyanya menekankan bahawa kebahagiaan sejati datang daripada keseimbangan pemikiran, emosi, dan tindakan dengan kefahaman saintifik serta hikmah Islam.
Sumbangan beliau terus mengubah kehidupan, menawarkan gabungan unik antara sains, psikologi, dan spiritualiti.
Rebut tiket ke Kau Wanita Hebat dan mulakan langkah menuju transformasi diri hari ini!
Tempat
The Ballroom by MAHSA Events, MAHSA University
Kompleks Sukan MAHSA, Universiti Mahsa, Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra,42610 Jenjarom, Selangor.